Dalam
masyarakat hari ini, Kita sering mendengar dan membuat andaian dan menyatakan
jika seseorang itu mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor dan
hospital pastinya ianya melibatkan gangguan makhluk halus. Antara penyakit yang
sering dilabelkan berkaitan dengan gangguan makhluk halus, sihir santau dan
lain-lain ialah stress, kemurungan, gangguan emosi dan mental dan penyakit
berkaitan dengan saraf yang mana pesakit tiba-tiba tidak boleh menggerakkan
mana-mana anggota tubuh. Selain itu juga, penyakit kulit seperti gatal yang teruk,
gatal yang sudah lama diubati tetapi tidak pulih.
Di antara
penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi, penyakit stress dan kemurunganlah
yang paling dipandang serius dan sering dikaitkan dengan masalah gangguan. Kita
biasa mendengar simptom stress adalah melibatkan :-
- Simptom
Fizikal seseorang seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur,
terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak
tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan
penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan
terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, pengsan, berpeluh
pada tapak tangan dan kaki serta peluh pada badan yang berlebihan,
menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar,sering
fikir tentang kematian mendengar bisikan dan halusinasi iaitu
melihat objek pelik, roh, hantu dan sebagainya.
- Simptom Mental
yang mana pesakit akan menjadi kurangnya daya penumpuan atau
pemfokusan dalam kerja, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan,
mudah keliru dan menjadi panik.
- Simptom
tingkahlaku yang mana sikap seseorang itu berubah seperti contoh perubahan
selera makan samada makan terlalu banyak atau terlalu sedikit, perut lapar
tapi makan sedikit dah kenyang atau perut lapar makan banyak pun tidak
kenyang. melakukan sesuatu perkara yang pelik dan bertentangan
norma masyarakat bercakap seorang diri, tiba-tiba menangis, ketawa ,
bercakap seorang diri, kegelisahan, suka menggigit kuku mengumpul air liur
dalam mulut.
- Simptom
emosi iaitu pesakit menjadi kemurungan, hilang sifat sabar,
cepat marah walaupun pada hal yang kecil, kemerosotan penjagaan kebersihan
dan penampilan diri.
Kami tidak menafikan
bahawa ada pesakit yang mempunyai simptom seperti diatas mereka mempunyai
masalah gangguan makhluk halus samada sihir, santau atau sebagainya, tapi apa
yang kami cuba kongsikan disini ialah terdapat juga pesakit yang mempunyai
symptom seperti diatas tetapi tidak sama sekali ada kaitan dengan gangguan
bahkan ianya disebabkan masalah fizikal pada tubuh pesakit itu sendiri. Disini
kami ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada pada kami berkaitan
dengan pesakit yang mempunyai symptom seperti yang dinyatakan tetapi tidak sama
sekali mempunyai kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Mengikut
pengalaman dan ilmu yang kami pelajari, pesakit yang mempunyai simptom tersebut
terjadi disebabkan masalah angin dan saraf pada tubuh pesakit. Seperti
gambarajah sebelah saraf tunjang tunjang pada tubuh manusia memainkan
peranan penting untuk mengawal tubuh manusia iaitu membawa oksigen ke kepala
dan ia berkaitan dengan jantung, paru-paru, ginjal usus dan lain-lain. Oleh
itu, simptom yang berlaku itu terjadi kerana saraf tunjang pada pesakit telah
bengkak serta terhimpit dan mengakibatkan perjalannan oksigen tidak sampai ke
otak seperti normal. Melalui pengalaman rawatan yang diberikan, kami mendapati
jika himpitan saraf itu berlaku dalam lingkungan 30% pesakit akan mengalami
simptom seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur,
sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu,
keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala,
kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang,
senak perut, pening, sakit kepala seperti migrain, berpeluh pada
tapak tangan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan
berdebar-debar. Jika himpitan itu bertambah kuat sehingga 50% symptom yang sama
akan berlaku tetapi dengan kadar yang lebih kuat seperti jika sebelum ini sukar
hendak tidur pesakit akan menjadi langsung tidak tidur, hilang selera makan,
sakit kepala makin kerap dan lain-lain. Bahkan dalam keadaan ini emosi pesakit
menjadi lebih teruk, pesakit cepat marah, mudah mengamuk, hilang kesimbangan
badan, mudah pengsan hilang fokus, mudah lupa, perasaan takut menjadi-jadi jika
melihat orang ramai dan lain-lain lagi. Manakala jika himpitan pada saraf
tunjang menjadi 80% pesakit akan mengalami simptom seakan-akan orang yang
terkena gangguan. Kebiasaan pesakit akan mengalami halusinasi dimana mendapat
bisikan supaya bunuh diri, mati, terjun pada tempat tinggi dan berbagai-bagai
lagi. Pesakit juga akan mendakwa nampak lembaga pelik seperti roh, hantu dan
sebagainya. Selain itu juga pesakit suka bersendirian, kadang menangis,
kadang-kadang ketawa, bercakap bersendirian, menggigit kuku, menyimpan air liur
dalam mulut dan lain-lain lagi. Kami sengaja menggunakan ayat “lain-lain
lagi” kerana pada kami penyakit saraf terhimpit dan angin ini boleh
membawa 1001 penyakit dan setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza-beza.
Kaitan antara
saraf terhimpit dengan angin ialah dimana saraf terhimpit akan menyebabkan
perjalanan angin didalam badan terganggu dan tidak stabil, ini juga menjadi
punca kepada simptom tersebut. Bukan itu sahaja, perjalanan angin dalam badan
terganggu dan tidak berjalan seperti sediakala akan menyebabkan pesakit sering
sendawa, sakit pada hulu hati, terasa angin berada di tekak tetapi tidak sedawa
dan jika sendawa ia merasa masam, rasa menyucuk pada bahagian jantung yang mana
kesakitan seperti diserang penyakit jantung, kembung perut, senak perut,
sembelit dan lain-lain lagi. Hal ini sering dikaitkan oleh masyarakat kita
dengan menamakan masalah tersebut ialah , sakit angin medu, uluran, angin tuju,
angin lebih dalam badan dan sebagainya, sehingga ada juga masyarakat dan
perawat yang mendakwa pesakit yang mempunyai gejala tersebut terkena santau
angin, buatan orang dan lain-lain gangguan. Masyarakat sering melabelkan dengan
sedemikian kerana penyakit tersebut tidak hilang walaupun sudah berulang kali berjumpa
dengan doktor termasuk doktor pakar. Apa yang saya tahu Kebiasaan
doktor akan mengaitkan gejala tersebut dengan gastrik bahkan jika simtom yang
berlaku terlalu serius seperti kemurungan dan stress doktor akan merujuk kepada
Doktor Pakar psikitrik, Wallaua’lam.
Kami berharap
apa yang diperkongsikan ini tidak disalah ertikan. Kami menulis artikel ini
bukanlah untuk mencari populariti serta mencari kelemahan atau menyatakan
keburukan mana-mana pihak, artikel ini adalah untuk perkongsian maklumat dan
perkongsian ilmu dalam bidang rawatan yang dipelajari. Kami juga mengharapkan
ada perkongsian maklumat daripada semua perawat dan masyarakat termasuk
daripada doktor sendiri. Kami akui, kami bukanlah yang terbaik, dan tiada
diantara kita yang terbaik kerana semua ilmu yang dipelajari dan didapati
adalah daripada ilmu Allah yang amat luas. Kami juga berharap suatu hari nanti
kita semua samada perawat islam, bukan islam, rawatan alternatif dan rawatan
sains dapat duduk semeja dan berbincang dan berkongsi maklumat dalam mencari
jalan untuk memberi rawatan dan menolong semua manusia. Sesungguhnya kita semua
bukan penyembuh Allah jua yang memberi kesembuhan dan kita hanyalah penyebab
kepada kesembuhan itu melalui sedikit ilmu yang dipinjam, semoga kita merawat
melalui dan seperti kehendak syariat Allah swt.
Info by Pusat Rawatan Tawakkal (Ustaz Abdul Manaf Bin Harun - Pengasas)
Posted by Panglima Pangeran Cakrabuana
No comments:
Post a Comment