Sesungguhnya
pencapaian ILMU ALLAH adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya
tidak boleh diterima oleh daya pemikira manusia. Pencapaian teknologi zaman ini
semata-mata berlandaskan kepada kajian dan kepintaran otak ikiran ke tahap ILMU
QALAM. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ILMU GHAIB dan ILMU
SYAHADAH.
ILMU QALAM
boleh dikuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. tetapi
melalui MENGENAL DIRI dan MENGENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya , umat Islam
boleh menguasai ilmu yang lebih tinggi yakni ILMU GHAIB dan ILMU SYAHADAH.
Peluang terisimewa yang di kurniakan Allah kepada Islam inilah yang sebenarnya
meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang
teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.
Sabda
Rasulullah : "Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah."
Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberiNya ilmu kepada manusia
melalui aqal dan iman, dengan satu harapan supaya manusia mengetahui akan
hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, iaitu untuk berbakti kepada Nya
dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma' dan afa'alNya.
Sesungguhnya semua Ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata-mata,
sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia
sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah sahaja yang
empunya.
ILMU QALAM,
ILMU GHAIB & ILMU SYAHADAH
Berkaitan
dengan Ilmu Qalam, Al-Quran dlm Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan dan
"Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yg mengajar kamu dgn (ilmu) kalam dan
Tuhanmu mengajar kpd manusia apa-apa yg tidak diketahuinya."
Sedang mengenai
ilmu ghaib dan ilmu syahadah diterangkan dlm Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22
yg bermaksud "Dialah Allah, yg tiada Tuhan kecuali Dia, Mengetahui yang
(ilmu) ghaib dan (ilmu) syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
ILMU QALAM adalah suatu ilmu yg boleh dipelajari oleh manusia biasa bg tujuan
utk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut difahami dan diterima oleh
pancaindera kita yg tujuh. Ilmu kalam diajar di sekolah secara formal atau
inormal dlm masyarakat dan makhluk manusia dlm kehidupan sehari-hari. Contoh
ilmu kalam ; ilmu kedoktoran, ilmu farmasi, ilmu ekonomi, ilmu hukum dll.
ILMU GHAIB adalah merupakan suatu ilmu yg dpt menerangkan sesuatu yg tidak
dpt diterangkan oleh Ilmu Kalam. llmu Ghaib hanya dpt diajar sepenuhnya oleh
guru ghaib(batin) dan tidak dpt diajarkan oleh guru zahir. Biasanya guru
ghaib(batin) adalah terdiri dari wali-wali Allah, para Nabi dan Rasul-Rasul.
Ilmu Ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang2 tertentu shj iaitu
orang2 yg dianugerahkan oleh Allah utk menerimanya atau kpd orang2 yg sedang
menjalan jalan hakekat dan makrifat melalui jalan tasawuf atau sufi.
ILMU SYAHADAH adalah suatu ilmu yg paling tinggi didlm tingkatan pelajaran ilmu
Allah yg dpt dikuasai oleh manusia. ia merupakan martabat ilmu yg tertinggi.
Ilmu ini adalah suatu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benar kpd Allah
swt. Ilmu ini, Tuhan sendiri akan mengajar manusia mengenai diriNya. Dgn lain
perkataan bolehlah ditegaskan disini bhw Ilmu Syahadah adalah ilmu utk
menyatakan diri Allah itu sendiri. Hanya orang2 yg mencapai martabat ilmu ghaib
yg paling tinggi saja yg dpt menguasai ilmu syahadah ini.
Posted by Panglima Pangeran Cakrabuana
No comments:
Post a Comment