Semua orang yang berjuang mahukan kejayaan, kejayaan yang ingin
dinikmati dunia dan akhirat,
Semua orang mahu perjuangannya diterima Allah.. Tiada orang mahu
perjuangan yang sia-sia.
Kenapa perjuangan kita seringkali gagal???
Adakah kita tidak layak menjadi pejuang.
Oh! Itu mungkin kifarah dari Allah..
Perjuangan kita masih jauh, Ingatlah!
Wahai pejuang harapan bangsa dan agama,
Betulkanlah saf-saf barisan kita. Ayuh!
Bangkitlah!
Tinggalkan segala sifat tercela, Jangan tunggu Allah murka, nescaya
celaka badan,
Marilah! Buang rasa hebat diri, Jangan sangka kita lebih dari
orang,
Bersihkan hati! Hulurkan tangan persaudaraan,
Ketepikan rasa tamak, iri hati, syak wasangka sesama sendiri,
Hormat! Kasih sayang sesama sendiri.
Pemimpin melaksana tanggungjawab yang diberi,
Pengikut sama-sama mendokong tanggungjawab,
Barulah perjuangan kita diberkati Allah...
Pahlawan agama pejuang bangsa!
Dimana engkau? Usah terlena
Bangun semua sekarang masanya
Bawa Islam ke seluruh dunia
Buka gerak, syahadah di dada
Musuh merancang menghancurkan kita
Mereka ketawa melihat bangsa
Terus terlena dibuai dunia
Sedang mereka menakluk dunia
Kitakan dihina terus merana
Pahlawan agama pejuang bangsa!
Sedikit terseksa perkara biasa
Dalam berjuang tidak pernah selesa
Mengajar kita mengenal siapa
Siapa DIA dan siapa kita?
Hamba yang lemah lagi hina
Bangun pahlawan bukalah mata!
Binalah strategi kita ke sana
Hancurkan mereka, mereka yang menghina
Meludah kita mempermainkan agama
Buktikan mereka siapa kita
Kitalah pahlawan pejuang agama..
Gayong Ma’arifat tari dibuka, Lembut tari membelai jiwa, Jangan
disangka lembut semata, Islam dijunjung adat dijaga, Jangan dihina jangan
dipersia, Akanku amuk seluruh dunia, Biar terkorban biar terhina, Agar Islam
terus terbela..
Semoga Pejuang Melayu dan Islam kembali bermuafakat, bersatu hati
dan rapatkan saf-saf perjuangan demi survival sebuah bangsa Melayu dan ummah
Islam yang semakin terancam dari setiap sudut kehidupan ini...
(by: Shucre Ebrahim)
“Ya Allah, peliharalah aku dan keluargaku, Engkau kunci segala
gerak sendi musuhku, Engkau tawarkan segala ilmu dan sihir musuhku.”
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak (benar) itu dengan yang
bathil (salah), dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu pula padahal kamu
semua mengetahuinya.” (QS2:42)
“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu,
padahal segolongan dari mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang
mereka mengetahuinya.” (QS2:75)
“Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri
dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa
Allah menurunkan kurniaNYA kepada siapa yang dikehendakiNYA diantara
hamba-hambaNYA. Kerana itu, mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan.
Dan untuk orang-orang kafir seksaan yang menghinakan.” (QS2:90)
“Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang
jelas nyata, dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang
fasik.” (QS2:99)
“Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah
kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun
seorang penolong.” (QS2:107)
“Katakanlah: Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah,
padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami, bagi kamu
amalan kamu dan hanya kepadaNYA kami mengikhlaskan hati.” (QS2:139)
Panglima Pangeran Cakrabuana
No comments:
Post a Comment