Monday, 7 December 2015

PENGENALAN DIRI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kita panjatkan pujian dan syukur kehadrat Allah S.W.T. memuji dan mengagungkanNya. Kita memohon petunjukNya dan mengharapkan keampunanNya, serta memohon kea'fiatan dan kesihatan yang berterusan di dalam agama baik di dunia mahupun di akhirat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta keatas ahli keluarga baginda dan para sahabat serta para pengikut jejak langkah baginda.

Blog ini di bina diatas inisiatif dan kehendak ramai yang inginkan saya berkongsi dengan semua orang tentang pelbagai ilmu yang berkaitan dengan ilmu seni beladiri sama ada ilmu fizikal, ilmu kebatinan/kerohanian, mahupun ilmu perubatan. Disamping, berkongsi ilmu yang berkaitan seni beladiri, saya juga membina blog ini bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islamiah kepada umat manusia khususnya kepada umat Islam itu sendiri.

Nama diberi Muhammad Firdaus Bin Abdul Manaf, saya merupakan pengamal ilmu seni beladiri yang terdiri daripada ilmu fizikal, ilmu kebatinan/kerohanian, dan ilmu perubatan Islam yang memegang dan memakai gelaran sebagai Panglima Pangeran Cakrabuana dan Imam Perang. Saya berasal dari Machang, Kelantan Darul Naim dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu pusaka warisan waliyullah Sheikh Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati – Wali Songo). Saya mula berminat dengan ilmu seni beladiri dan kebatinan/kerohaniah, serta perubatan semenjak dari umur 5 tahun dan itu merupakan waktu yang tersangat muda bagi saya untuk mempelajari semua ilmu ini, tetapi kerana di dalam tubuh saya mengalirnya darah susur galur pendekar dan peminat seni beladiri, maka semenjak itu juga saya mula dan cuba menceburi diri dalam alam seni beladiri. Pada tahun 2013 saya lebih serius mencari, menuntut, dan mempelajari ilmu kebatinan/kerohaniah sehingga pada pertengahan tahun ini iaitu 2015 saya telah berguru dengan 3 perguruan kebatinan/kerohanian dan 5 perguruan ilmu seni beladiri fizikal yang terdapat di Malaysia. Harapan dan impian saya selepas ini ialah ingin memiliki dan menubuhkan satu perguruan seni beladiri Islam yang merangkumi ilmu fizikal, ilmu kebatinan/kerohanian, dan ilmu perubatan Islam dan Tradisional yang bernaung di bawah nama dan pentadbiran saya sendiri.

Mudah-mudahan dengan terbinanya blog ini dapat memberi ilmu dan suntikan rohani kepada para pengunjung dan pembaca artikel yang saya sediakan. Saya juga memohon teguran dan nasihat yang membina dari pelawat-pelawat yang sudi berkunjung ke blog ini agar dengan teguran dan nasihat yang diberikan dapat saya gunakan untuk membaiki kelemahan diri saya. Moga-moga Allah SWT mencucuri kerahmatan dan keredhaan melalui blog ini. Amin Ya Rabbal Alamin.


Posted by Panglima Pangeran Cakrabuana

No comments:

Post a Comment