Rukun syahadah
4 perkara:
1. mengisbatkan
zat Allah
2. mengisbatkan
sifat Allah
3. mengisbatkan
af’al Allah
4. mengisbatkan
kebenaran Rasulullah
Syarat sah
syahadah:
1. diketahui
2. diiqrarkan
3. ditasdiqkan
4. diamalkan
Binasa syahadah
4 perkara:
1. menduakan
Allah
2. syak dan
waham di dalam hati
3. menyangkal
dirinya dijadikan oleh Allah
4. tidak
mengisbatkan zat Allah
Syahadah
terbahagi kepada 3 bahagian:
1. syahadah
syariat
2. syahadah
tarikat
3. syahadah
hakikat
Syahadah
syariat – mengucap syahadatain serta dikerjakan yang disuruh dan meninggalkan
yang ditegah
Syahadah
tarikat – hendaklah kita melihat dengan sepenuhnya segala perkara yang terjadi
pada kita dan sekalian makhluk samada baik atau jahat, semuanya datang dari
Allah dengan qudrah dan iradahNya, serta ikhlas kita kepadaNya.
Syahadah
hakikat – apabila kita sudah mengetahui dan yakini dengan sepenuhnya pada hati
kita , dan diucapkan dengan syahadatain, iaitu telah nyata apa yang kita lihat
dengan mata zahir, mata hati dan mata sir akan setiap perbuatan Allah dengan
qudrah dan iradahNya. Maka zahirlah wujud itu di dalam setiap hal dan keadaan,
sehingga kita pandang dengan mata sirr kita, tiada wujud yang lain melainkan
wujud Allah semata-mata.
Syahadah ada 2
macam iaitu syahadah kamilah dan syahadah sirr. Syahadah sirr itu di hati,
tidak lahir syahadah roh itu melainkan dengan syahadah kamilah. Jadi,
kedatangan syahadah itu adalah disebabkan adanya roh. Jika tiada roh, tiadalah
syahadah itu. Roh itu adalah sir Allah, zahir itu jadi kenyataan, inilah yang
dikatakan kalimah kamilah @ sempurna, barulah sempurna kalimah syahadah yang
kita syahadahkan, kerana kamilah itu adalah sirr. Jika seseorang tidak tahu
kalimah sirr itu, maka pastilah (yakin) pada seseorang itu mengaku bahawa syahadah
itu adalah syahadahnya.
Maka yang ada
pada kita itu adalah untuk menyatakan anasir zat iaitu wujud, ilmu, nur dan
syuhud @ zatNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya. Inilah yang dikatakan tajalli
zat @ dikatakan syahadah. Jadi sifat ma’ani itulah syahadah @ kenyataan, yakni
syahadah kamilah. Dan nyata syahadah kamilah itu dengan adanya syahadah sirr.
Apa yang menjadi sirr ialah wujud, ilmu, nur dan syuhud.
Kamilah iaitu
alam roh, alam mithal, alam ijsam dan alam insan yang ada pada makhluk
khususnya pada Muhammad, kerana Muhammad adalah amanah. Yang menjadi amanah
(hayat) iaitu alam roh. Hidup inilah yang hendak menyatakan zatNya, sifatNya,
asmaNya dan af’alNya.
Kalau kita
memahami dengan sebenar-benarnya faham, bahawa kita diibaratkan duduk di dalam
lautan. Cuma kita tidak sedar kerana kita tidak lemas. Tetapi jika kita tahu,
sememangnya kita lemas, kerana setiap orang yang berada di dalam lautan sudah
semestinya lemas. Oleh kerana seseorang itu tidak sedar akan duduknya di dalam
lautan, jadi sangkaannya “hidup” ini kepunyaannya, kerana dia belum mati.
Inilah perbezaan antara orang yang tiada ilmu makrifah. Pada ahli makrifah,
bahawa dia duduk di dalam lautan iaitu maul hayat @ lautan ahdah.
Maka mengambil
ibarat antara cermin dengan bayang di dalam cermin. Jasad ini ibarat cermin dan
gambar di dalam cermin itu adalah benda di hadapan cermin. Maka di hadapan
cermin itulah gambarnya. Apa yang menjadi gambar kepada kita ialah hayat, ilmu,
qudrah, iradah, sama’, basar dan kalam.
Gambar di
hadapan kita iaitu nafas yang turun naik dan membawa segala perubahan. Maka
sesiapa yang dapat memandang itu, lemaslah ia. Dan setiap yang lemas itu harus
mati. Apabila sudah mati, yang hidup itu barulah zahir nama Allah iaitu hayyum,
‘alimun, qadirun, muridun, sami’un, basirun dan mutakallimun. Itulah
syahadah!!!
Seperti ahli
tahqiq menyatakan, “ Tukarlah cahaya dirimu itu dengan digantikan dengan cahaya
Tuhannya”. Dan syahadah inilah yang terkandung di dalam 3 potong ayat iaitu;
1. Akulah
Allah, tiada tuhan melainkan Aku
2. Maha suci
Allah itu satu daripada tiga
3. Dan Allah
menjadikan kamu dan setiap apa yang kamu lakukan
Setiap kejadian
itu daripada Allah jua. Maka tidak zahir amanah itu melainkan dizahirkan
manusia, kerana manusia itu sanggup menerima amanah Allah swt
Posted by Panglima Pangeran Cakrabuana
No comments:
Post a Comment