Wednesday, 8 February 2017

PUSAT RAWATAN DARUL TAWAKKAL



PUSAT RAWATAN DARUL TAWAKKAL

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Pusat Rawata Darul Tawakkal:-

1)Merawat Gangguan Makhluk Halus/Mistik (Saka, Histeria, Sihir, Santau, Tuju-tuju Dll)

2)Merawat Penyakit Kronik/Fizikal (Kencing Manis, Darah Tinggi, Jantung, Buah Pinggang, Kolesterol, Barah, Angin Uluran, Gaot Dll)

3)Merawat Penyakit Resdung (Menawarkan Rawatan Tutung Resdung Kaedah Buang Lendir)

4)Merawat Penyakit Saraf (Lumpuh, Stroke, Slipped Disk, Rekahan Saraf Kepala, Koma Dll)

5)Merawat Penyakit Kelamin Lelaki Dan Perempuan (Mandul, Mati Pucuk, Tiada Anak, Haid Tidak Teratur, Peranakan Dll)

6)Panel Motivator Dan Terapi Kerohanian (Tazkirah, Motivasi, Usrah, Ceramah Dll)

7)Menjual Pelbagai Jenis Ubat-Ubatan Tradisional

*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Merupakan Satu-Satunya Pusat Rawatan Islam Yang Mendapat Pengiktirafan Oleh Neurologist Di Malaysia Dalam Rawatan Saraf

*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Adalah Rawatan Islam Yang Menggunakan Ubat-Ubatan Tradisional/Herba 100% Keluaran Syarikat Pusat Rawatan Darul Tawakkal

*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Adalah Gabungan Diantara Penggunaan Herba Dan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Berdaftar Dengan SSM Dengan Nombor KT0396910-P


* Pusat Rawatan Darul Tawakkal Berdaftar Dengan Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari Dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia Dengan Nama Pusat Rawatan Islam Tawakkal & Komplementari

Thursday, 29 December 2016

TIDAK SEMUA PENYAKIT MISTERI , PELIK DAN TIDAK DAPAT DIRAWAT OLEH HOSPITAL @ PERUBATAN MODEN BERPUNCA DARIPADA GANGGUAN

Dalam masyarakat hari ini, Kita sering mendengar dan membuat andaian dan menyatakan jika seseorang itu mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor dan hospital pastinya ianya melibatkan gangguan makhluk halus. Antara penyakit yang sering dilabelkan berkaitan dengan gangguan makhluk halus, sihir santau dan lain-lain ialah stress, kemurungan, gangguan emosi dan mental dan penyakit berkaitan dengan saraf yang mana pesakit tiba-tiba tidak boleh menggerakkan mana-mana anggota tubuh. Selain itu juga, penyakit kulit seperti gatal yang teruk, gatal yang sudah lama diubati tetapi tidak pulih. 
Di antara penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi, penyakit stress dan kemurunganlah yang paling dipandang serius dan sering dikaitkan dengan masalah gangguan. Kita biasa mendengar simptom stress adalah melibatkan :-

  1. Simptom Fizikal seseorang seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, pengsan, berpeluh pada tapak tangan dan kaki serta peluh pada badan yang berlebihan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar,sering fikir tentang kematian  mendengar bisikan dan halusinasi iaitu melihat objek pelik, roh, hantu dan sebagainya. 
  2. Simptom  Mental yang mana pesakit akan menjadi  kurangnya daya penumpuan atau pemfokusan dalam kerja, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan, mudah keliru dan menjadi panik. 
  3.  Simptom tingkahlaku yang mana sikap seseorang itu berubah seperti contoh perubahan selera makan samada makan terlalu banyak atau terlalu sedikit, perut lapar tapi makan sedikit dah kenyang atau perut lapar makan banyak pun tidak kenyang. melakukan sesuatu perkara yang pelik dan  bertentangan norma masyarakat bercakap seorang diri, tiba-tiba menangis, ketawa , bercakap seorang diri, kegelisahan, suka menggigit kuku mengumpul air liur dalam mulut. 
  4.  Simptom emosi iaitu pesakit menjadi  kemurungan, hilang sifat sabar, cepat marah walaupun pada hal yang kecil, kemerosotan penjagaan kebersihan dan penampilan diri.
Kami tidak menafikan bahawa ada pesakit yang mempunyai simptom seperti diatas mereka mempunyai masalah gangguan makhluk halus samada sihir, santau atau sebagainya, tapi apa yang kami cuba kongsikan disini ialah terdapat juga pesakit yang mempunyai symptom seperti diatas tetapi tidak sama sekali ada kaitan dengan gangguan bahkan ianya disebabkan masalah fizikal pada tubuh pesakit itu sendiri. Disini kami ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada pada kami berkaitan dengan pesakit yang mempunyai symptom seperti yang dinyatakan tetapi tidak sama sekali mempunyai kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Mengikut pengalaman dan ilmu yang kami pelajari, pesakit yang mempunyai simptom tersebut terjadi disebabkan masalah angin dan saraf pada tubuh pesakit. Seperti gambarajah sebelah saraf tunjang tunjang pada tubuh manusia memainkan peranan penting untuk mengawal tubuh manusia iaitu membawa oksigen ke kepala dan ia berkaitan dengan jantung, paru-paru, ginjal usus dan lain-lain. Oleh itu, simptom yang berlaku itu terjadi kerana saraf tunjang pada pesakit telah bengkak serta terhimpit dan mengakibatkan perjalannan oksigen tidak sampai ke otak seperti normal. Melalui pengalaman rawatan yang diberikan, kami mendapati jika himpitan saraf itu berlaku dalam lingkungan 30% pesakit akan mengalami simptom seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, sakit kepala seperti migrain,  berpeluh pada tapak tangan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar. Jika himpitan itu bertambah kuat sehingga 50% symptom yang sama akan berlaku tetapi dengan kadar yang lebih kuat seperti jika sebelum ini sukar hendak tidur pesakit akan menjadi langsung tidak tidur, hilang selera makan, sakit kepala makin kerap dan lain-lain. Bahkan dalam keadaan ini emosi pesakit menjadi lebih teruk, pesakit cepat marah, mudah mengamuk, hilang kesimbangan badan, mudah pengsan hilang fokus, mudah lupa, perasaan takut menjadi-jadi jika melihat orang ramai dan lain-lain lagi. Manakala jika himpitan pada saraf tunjang menjadi 80% pesakit akan mengalami simptom seakan-akan orang yang terkena gangguan. Kebiasaan pesakit akan mengalami halusinasi dimana mendapat bisikan supaya bunuh diri, mati, terjun pada tempat tinggi dan berbagai-bagai lagi. Pesakit juga akan mendakwa nampak lembaga pelik seperti roh, hantu dan sebagainya. Selain itu juga pesakit suka bersendirian, kadang menangis, kadang-kadang ketawa, bercakap bersendirian, menggigit kuku, menyimpan air liur dalam mulut dan lain-lain lagi. Kami sengaja menggunakan ayat  “lain-lain lagi”  kerana pada kami penyakit saraf terhimpit dan angin ini boleh membawa 1001 penyakit dan setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza-beza. 
Kaitan antara saraf terhimpit dengan angin ialah dimana saraf terhimpit akan menyebabkan perjalanan angin didalam badan terganggu dan tidak stabil, ini juga menjadi punca kepada simptom tersebut. Bukan itu sahaja, perjalanan angin dalam badan terganggu dan tidak berjalan seperti sediakala akan menyebabkan pesakit sering sendawa, sakit pada hulu hati, terasa angin berada di tekak tetapi tidak sedawa dan jika sendawa ia merasa masam, rasa menyucuk pada bahagian jantung yang mana kesakitan seperti diserang penyakit jantung, kembung perut, senak perut, sembelit dan lain-lain lagi. Hal ini sering dikaitkan oleh masyarakat kita dengan menamakan masalah tersebut ialah , sakit angin medu, uluran, angin tuju, angin lebih dalam badan dan sebagainya, sehingga ada juga masyarakat dan perawat yang mendakwa pesakit yang mempunyai gejala tersebut terkena santau angin, buatan orang dan lain-lain gangguan. Masyarakat sering melabelkan dengan sedemikian kerana penyakit tersebut tidak hilang walaupun sudah berulang kali berjumpa dengan  doktor termasuk doktor pakar. Apa yang saya tahu Kebiasaan doktor akan mengaitkan gejala tersebut dengan gastrik bahkan jika simtom yang berlaku terlalu serius seperti kemurungan dan stress doktor akan merujuk kepada Doktor Pakar psikitrik, Wallaua’lam. 


Kami berharap apa yang diperkongsikan ini tidak disalah ertikan. Kami menulis artikel ini bukanlah untuk mencari populariti serta mencari kelemahan atau menyatakan keburukan mana-mana pihak, artikel ini adalah untuk perkongsian maklumat dan perkongsian ilmu dalam bidang rawatan yang dipelajari. Kami juga mengharapkan ada perkongsian maklumat daripada semua perawat dan masyarakat termasuk daripada doktor sendiri. Kami akui, kami bukanlah yang terbaik, dan tiada diantara kita yang terbaik kerana semua ilmu yang dipelajari dan didapati adalah daripada ilmu Allah yang amat luas. Kami juga berharap suatu hari nanti kita semua samada perawat islam, bukan islam, rawatan alternatif dan rawatan sains dapat duduk semeja dan berbincang dan berkongsi maklumat dalam mencari jalan untuk memberi rawatan dan menolong semua manusia. Sesungguhnya kita semua bukan penyembuh Allah jua yang memberi kesembuhan dan kita hanyalah penyebab kepada kesembuhan itu melalui sedikit ilmu yang dipinjam, semoga kita merawat melalui dan seperti kehendak syariat Allah swt.


Friday, 2 September 2016

PENGAMBILAN MURID & PENGIJAZAHAN ILMU KEROHANIAN

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang di Rahmati Allah. Kepada yang berminat untuk mempelajari dan menerima pengijazahan ilmu-ilmu kerohanian yang bersumberkan 100% daripada Al-Quran dan Zikir. Ilmu kerohanian ini merupakan gabungan dan himpunan amalan-amalan para ulama’, waliyullah dan para pendekar silam dari seluruh pelusuk dunia. Ini kerohanian ini bukan sahaja boleh memberikan kelebihan kepada pengamalnya di dunia sahaja malah juga berguna dan menjadi bekalan kepada pengamalnya untuk menuju hari yang kekal abadi nanti jika digunakan kearah kebaikan dan kearah yang mendapat keredhaan Allah Taala. Antara kelebihan yang pengamal akan dapat selepas diijazahkan ialah dapat membantu pengamalnya dalam semua urusan, menjadi benteng diri dari segala bahaya dan bencana, perisai ghaib dan pelbagai lagi kelebihan-kelebihan yang akan dianugerahkan oleh Allah Taala kepada pengamal, insyaAllah semuanya bergantung kepada kehendak dari-Nya jua. Untuk mendapat pengijazahan ilmu kerohanian dan pertanyaan mahar boleh hubungi saya melalui wassap 013-3799686 (UNTUK YANG BETUL-BETUL BERMINAT SAHAJA). 

Monday, 25 July 2016

Bersedialah Dibawah Panji-Panji Yang Hak

Kalau nak melawan Dajjal ini bukan sshaja perlu kalian membaca cerita mengenai Dajjal, ciri-ciri Dajjal. Kalian perlu mengaji ilmu tauhid (maarifat) ini supaya kalian semua tak tertipu.

Dajjal itu bila muncul dia akan mengaku dia tu tuhan. Pelbagai tipu helahnya, pelbagai juga ilmunya utk menipu semua. Macam mana kita nak bezakan sedangkan Allah sendiri pun masih belum kita kenal.

Senjata utama untuk melawan Dajjal itu Akidah yang Mantap.
Perisai utama unttk menghindar Dajjal itu adalah IKTIQAD dan JAZAM.
Belajarlah ilmu maarifat ini bagi menghindar Dajjal.
mulai lah kalian mengenal diri,
mulai lah kalian mengenal Allah,
mulai lah menghafal surah kahfi,
mulai lah mengamalkan doa penghindar Dajjal.
mulai lah belajar ilmu perang apa yg perlu.

kita sudah hampir sangat-sangat kepada musuh utama kita.
cuma dia belum dizahirkan lagi kepada kita.
.
Berbai'ah la kalian pada mana-mana panji yg Haq.
bukan pada panji yang memperjuangkan persatuan semata-semata,
bukan pada panji yang mempergunakan nama Fisabilillah semata-mata,
kepada pemimpin-pemimpin panji sekalian, lakukanlah dan bersedialah
apa yang kalian telah lafazkan dalam bai'ah. kita berjanji dengan
nama Allah. dan kita orang yg pertama akan ditanya di SANA
nanti.

Inshaa-Allah jika telah "smpai masanya" kita akn bergabung menentang
Dajjal.
.

WALLAHI WABILLAHI WATAWALLAHI.



Posted by Panglima Pangeran Cakrabuana

Thursday, 30 June 2016

RAJA SEGALA PENGLIHATAN MATA

Mata zahir itu mlihat dengan cahaya,
Mata batin itu melihat dengan Nur,
Mata qalbi itu melihat dengan Nur BasirahNya.
Dimana ianya adalah kemuncak dari segala mata, segala
Pandangan, dimana tidak lagi terhijab dek 1 pun RahsiaNya, di langit atau dibumi, yang terlihat dan tidak terlihat, maka ketika itu terbentang lah ia di dalam kota tauhid atau di dataran la LA ILAHA ILLALLAH.
.
“Dan ALLAH lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”
(QS. Qoof: 16).


Mengapakah ada yang tidak dapat melihatNya?

Posted by Panglima Pangeran Cakrabuana

Sunday, 26 June 2016

MAARIFATULLAH

Ada guru yg mnyampaikan ilmu Maarifat dengan kelebihan Allah yg diKudrahkan mlalui tulisan2 mereka di dlm kitab-kitab karangan nya.
.
Ada guru yg mnyampaikan ilmu Maarifat dengan kelebihan Allah yg diKudrahkan melalui Ceramah-ceramah.
.
Jadi sy diKudrahkan Allah utk mnyampaikan ilmu maarifat ini melalui persilatan dan ilmu kebatinan, kerohanian.
.
Cara guru-guru tampak zahirnya berbeza, tetapi hakikat matlamatnya adalah 1,
iaitu MgEsakan Allah.
.
Ilmu Bathil ini mmg mudah dpelajari jika nk dbandingkn dgn ilmu Haq, tdk prlu beramal yg susah, tetapi hasil ilmu konon nya dpt dizahirkan, dgn mcm2 kehebatan. Ramai yg tertarik dgn ilmu ini kerana ianya MUDAH, dan kononNYA mjadi.
.
Ilmu Haq ini jarang blh diuji utk dipertontonkan umum, slalunya ilmu ini hanya mnjadi semasa darurat sja. TETAPI
Sy selalu berdoa kpd Allah, moga Allah mgizinkan murid2 yg sy ijazahkan ilmu itu diberikan sedikit pglihatan basirahNya utk melihat Pnzahiran ilmuNya. moga dgn keizinan ini dpt mmudahkan lg utk sy mnyampaikan ilmu maarifat. biasa lah, lumrah manusia kbykkan yg ainul yakin. bila nampak "bukti" baru lah nk percaya, kan.
.
Alhamdulillah stakat ini Allah mgizinkan.. jd tugas guru pula utk membimbing murid agar murid tidak terpesong dri landasan maarifatullah..
harapan sy kpd murid smua, pabila terima ijazah sbrg ilmu cukuplah kalian tahu apa jenis ilmu itu, apa kelebihan ilmu itu. kemudian letakkan lah segala kelebihan itu d tempat yg paling bawah skali. dan letakkan lah tujuan mndapatkan KEREDHAAN-NYA pd tempat yg TERATAS skali. ALLAH, ALLAH, ALLAH..
.
JIKA ingin blajar ilmu segera maaf disini bukan tmpatnya,
JIKA ingin bljar ilmu yg confirm jadi, maaf disini bukan tempatnya.
JIKA ingin blajar ilmu utk mjadi Hebat, maaf disini buka tempatnya.
JIKA ingin mncari guru yg hebat, maaf sy bukan orgnya, sy hamba Allah yg "kosong".
.
JIKA ingin blajar utk mjadi hamba yg lebih baik, yg ingin mngenal diri, yg ingin mngenal Allah, inshaa Allah dgn Kudrah dan IradahNya juga sy akn membimbing anda dgn Sifat Ilmu Nya, dgn sifat Kalam Nya, dgn sifat Sama' Nya, Basar Nya.
inshaa Allahu taala..



Posted by Panglima Pangeran Cakrabuana

Saturday, 25 June 2016

BILA AKU CERITAKAN NESCAYA HALAL DARAHKU

Assalamualaikum wbt...

Sangatlah sulit pabila menjelaskan hakikat dan makrifat kpd orang2 yg mpelajari agama hnya pada
tataran Syariat saja, mnghafal ayat-ayat Al-Qur’an & Hadis akan tetapi tk mmiliki ruh drpd Al-Qur’an itu sendiri. Padahal hakikat dari Al-Qur’an itu adalah Nur Allah yang tidak berhuruf dan tidak bersuara, dgn Nur itulah Rasulullah SAW memperoleh pengetahuan yang luar biasa dari Allah SWT.

Hafalan tetap lah hafalan dan itu tersimpan di otak yang dimensinya rendah tidak akan mampu
menjangkau hakikat Allah, otak itu baharu sedangkan Allah itu adalah Qadim sudah pasti Baharu tidak akan sampai kepada Qadim. Kalau anda cuma belajar dari dalil dan mengharapkan ianya blh sampai kehadirat Allah dengan dalil yang anda miliki maka saya memberikan jaminan kepada anda: PASTI anda tidak akan sampai kehadirat-Nya.

Ketika anda tidak sampai kehadirat-Nya sudah pasti anda sangat hairan dengan ucapan orang-orang
yang sudah bermakrifat, blh berjumpa dengan Malaikat, berjumpa dengan Rasulullah SAW dan melihat Allah SWT, dan anda menganggap itu sebuah kebohongan dan sudah pasti anda mengumpulkan lagi puluhan bahkan ratusan dalil untuk membantah ucapan para ahli makrifat tersebut dengan dalil yang menurut anda sudah benar, padahal kadangkala dalil yang anda berikan justru sangat mendukung ucapan para Ahli Makrifat cuma sayangnya matahati anda dihijabkan oleh hawa nafsu, dalam Al-Qur’an disebut Qatamallahu ‘ala Qukubihum (Tertutup mata hati mereka) itulah hijab yang menghalangi anda menuju Tuhan.

Rasulullah SAW menggambarkan Ilmu hakikat dan makrifat itu sebagai “Haiatul Maknun” artinya
“Perhiasan yang sangat indah”. Sebagaimana hadis yang dibawakan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda :

“Sesungguhnya sebagian ilmu itu ada yang diumpamakan seperti perhiasan yang indah dan selalu tersimpan
yang tidak ada seoranpun mengetahui kecuali para Ulama Allah. Ketika mereka menerangkannya maka tidak ada yang mengingkari kecuali orang-orang yang selalu lupa (tidak berzikir kepada Allah)” (H.R. Abu Abdir Rahman As-Salamy)

Di dalam hadis ini jelas ditegaskan menurut kata Nabi bahwa ada sebagian ilmu yang tidak diketahui
oleh siapapun kecuali para Ulama Allah yakni Ulama yang selalu Zikir kepada Allah. Ilmu tersebut sgt indah laksana perhiasan dan tersimpan rapi yakni ilmu Thariqat yang didalamnya terdapat amalan-amalan seperti Ilmu Latahif dan lain-lain.

Masih ingat kita cerita nabi Musa dengan nabi Khidir yang pada akhir perjumpaan mereka membangun sebuah rumah untuk anak yatim piatu untuk menjaga harta berupa emas yang tersimpan
dalam rumah, kalau rumah tersebut dibiarkan akn mbruk maka emasnya akan dicuri oleh perompak, harta tersebut tidak lain adalah ilmu hakikat dan makrifat yang sangat tinggi nilainya dan rumah yang dimaksud adalah ilmu syariat yang harus tetap dijaga untuk membentengi agar tidak jatuh ketangan yang tidak berhak.

Semakin tegas lagi pengertian di atas dengan adanya hadis nabi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah
sebagai berikut :

“Aku telah hafal dari Rasulillah dua macam ilmu, pertama ialah ilmu yang aku dianjurkan untuk menyebarluaskan kepada sekalian manusia yaitu Ilmu Syariat. Dan yang kedua ialah ilmu yang aku
tidak diperintahkan untuk menyebarluaskan kepada manusia yaitu Ilmu yang seperti “Hai’atil Maknun”. Maka apabila ilmu ini aku sebarluaskan niscaya engkau sekalian memotong leherku (engkau menghalalkan darahku). (HR. Thabrani)

Hadis di atas sangat jelas jadi tidak perlu diuraikan lagi, dengan demikian barulah kita sadar
kenapa banyak orang yang tidak senang dengan Ilmu Maarifat? Karena ilmu itu memang amat rahasia, sahabat nabi saja tidak diizinkan untuk disampaikan secara umum, karena ilmu itu harus diturunkan dan mendapat izin dari Nabi, dari nabi izin itu diteruskan kepada Khalifah nya terus kepada para Aulia Allah sampai saat sekarang ini.

Jika ilmu Hai’atil Maknun itu disebarkan kepada orang yang belum berbaiah zikir atau “disucikan”
sebagaimana telah firmankan dalam Al-Qur’an surat Al-‘Ala, orang-orang yang cuma Ahli Syariat semata-mata, maka sudah barang tentu akan timbul anggapan bahwa ilmu jenis kedua ini yakni Ilmu Thariqat, Hakikat dan Ma’rifat adalah Bid’ah dlolalah.

Dan mereka ini mempunyai I’tikqat bahwa ilmu yang kedua tersebut jelas diingkari oleh syara’.
Padahal tidak demikian, bahwa hakikat ilmu yang kedua itu tadi justru merupakan intisari daripada ilmu yang pertama, ertinya ilmu Thariqat itu intisari dari Ilmu Syari’at.

Oleh kerana itu jika anda ingin mengerti Thariqat, Hakikat dan Ma’rifat secara mendalam maka
sebaiknya anda berbai’ah saja terlebih dahulu dengan Guru Mursyid (Khalifah) yang ahli dan diberi izin dengan taslim dan tafwidh dan ridho. Jadi tidak cukup hanya melihat tulisan buku-buku lalu mengingkari bahkan mungkin mudah timbul prasangka jelek terhadap ahli thariqat.

wallahu alam...
 Posted by Panglima
Pangeran Cakrabuana