Dalam masyarakat hari ini, Kita
sering mendengar dan membuat andaian dan menyatakan jika seseorang itu
mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor dan hospital pastinya
ianya melibatkan gangguan makhluk halus. Antara penyakit yang sering dilabelkan
berkaitan dengan gangguan makhluk halus, sihir santau dan lain-lain ialah
stress, kemurungan, gangguan emosi dan mental dan penyakit berkaitan dengan
saraf yang mana pesakit tiba-tiba tidak boleh menggerakkan mana-mana anggota
tubuh. Selain itu juga, penyakit kulit seperti gatal yang teruk, gatal yang
sudah lama diubati tetapi tidak pulih.
Di antara penyakit-penyakit yang
saya sebutkan tadi, penyakit stress dan kemurunganlah yang paling dipandang
serius dan sering dikaitkan dengan masalah gangguan. Kita biasa mendengar
simptom stress adalah melibatkan :-
- Simptom Fizikal seseorang seperti perubahan
corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah
gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu
cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada
bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak
perut, pening, pengsan, berpeluh pada tapak tangan dan kaki serta peluh
pada badan yang berlebihan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan
kaki, sesak nafas dan berdebar-debar,sering fikir tentang kematian mendengar
bisikan dan halusinasi iaitu melihat objek pelik, roh, hantu dan
sebagainya.
- Simptom Mental yang mana
pesakit akan menjadi kurangnya daya penumpuan atau pemfokusan
dalam kerja, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan, mudah
keliru dan menjadi panik.
- Simptom tingkahlaku yang mana sikap
seseorang itu berubah seperti contoh perubahan selera makan samada makan
terlalu banyak atau terlalu sedikit, perut lapar tapi makan sedikit dah
kenyang atau perut lapar makan banyak pun tidak kenyang. melakukan sesuatu
perkara yang pelik dan bertentangan norma masyarakat bercakap
seorang diri, tiba-tiba menangis, ketawa , bercakap seorang diri,
kegelisahan, suka menggigit kuku mengumpul air liur dalam mulut.
- Simptom emosi iaitu pesakit menjadi kemurungan,
hilang sifat sabar, cepat marah walaupun pada hal yang kecil, kemerosotan
penjagaan kebersihan dan penampilan diri.
Mengikut pengalaman dan ilmu yang
kami pelajari, pesakit yang mempunyai simptom tersebut terjadi disebabkan
masalah angin dan saraf pada tubuh pesakit. Seperti gambarajah sebelah saraf tunjang
tunjang pada tubuh manusia memainkan peranan penting untuk mengawal tubuh
manusia iaitu membawa oksigen ke kepala dan ia berkaitan dengan jantung,
paru-paru, ginjal usus dan lain-lain. Oleh itu, simptom yang berlaku itu
terjadi kerana saraf tunjang pada pesakit telah bengkak serta terhimpit dan
mengakibatkan perjalannan oksigen tidak sampai ke otak seperti normal. Melalui
pengalaman rawatan yang diberikan, kami mendapati jika himpitan saraf itu
berlaku dalam lingkungan 30% pesakit akan mengalami simptom seperti perubahan
corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah
atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa
letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian
tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, sakit kepala
seperti migrain, berpeluh pada tapak tangan, menggeletar, rasa
sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar. Jika himpitan itu
bertambah kuat sehingga 50% symptom yang sama akan berlaku tetapi dengan kadar
yang lebih kuat seperti jika sebelum ini sukar hendak tidur pesakit akan
menjadi langsung tidak tidur, hilang selera makan, sakit kepala makin kerap dan
lain-lain. Bahkan dalam keadaan ini emosi pesakit menjadi lebih teruk, pesakit
cepat marah, mudah mengamuk, hilang kesimbangan badan, mudah pengsan hilang
fokus, mudah lupa, perasaan takut menjadi-jadi jika melihat orang ramai dan
lain-lain lagi. Manakala jika himpitan pada saraf tunjang menjadi 80% pesakit
akan mengalami simptom seakan-akan orang yang terkena gangguan. Kebiasaan
pesakit akan mengalami halusinasi dimana mendapat bisikan supaya bunuh diri,
mati, terjun pada tempat tinggi dan berbagai-bagai lagi. Pesakit juga akan
mendakwa nampak lembaga pelik seperti roh, hantu dan sebagainya. Selain itu
juga pesakit suka bersendirian, kadang menangis, kadang-kadang ketawa, bercakap
bersendirian, menggigit kuku, menyimpan air liur dalam mulut dan lain-lain
lagi. Kami sengaja menggunakan ayat “lain-lain lagi” kerana
pada kami penyakit saraf terhimpit dan angin ini boleh membawa 1001 penyakit
dan setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza-beza.
Kaitan antara saraf terhimpit dengan
angin ialah dimana saraf terhimpit akan menyebabkan perjalanan angin didalam
badan terganggu dan tidak stabil, ini juga menjadi punca kepada simptom
tersebut. Bukan itu sahaja, perjalanan angin dalam badan terganggu dan tidak
berjalan seperti sediakala akan menyebabkan pesakit sering sendawa, sakit pada
hulu hati, terasa angin berada di tekak tetapi tidak sedawa dan jika sendawa ia
merasa masam, rasa menyucuk pada bahagian jantung yang mana kesakitan seperti
diserang penyakit jantung, kembung perut, senak perut, sembelit dan lain-lain
lagi. Hal ini sering dikaitkan oleh masyarakat kita dengan menamakan masalah
tersebut ialah , sakit angin medu, uluran, angin tuju, angin lebih dalam badan
dan sebagainya, sehingga ada juga masyarakat dan perawat yang mendakwa pesakit
yang mempunyai gejala tersebut terkena santau angin, buatan orang dan lain-lain
gangguan. Masyarakat sering melabelkan dengan sedemikian kerana penyakit
tersebut tidak hilang walaupun sudah berulang kali berjumpa dengan doktor
termasuk doktor pakar. Apa yang saya tahu Kebiasaan doktor akan mengaitkan
gejala tersebut dengan gastrik bahkan jika simtom yang berlaku terlalu serius
seperti kemurungan dan stress doktor akan merujuk kepada Doktor Pakar
psikitrik, Wallaua’lam.
Kami berharap apa yang diperkongsikan ini tidak disalah ertikan. Kami menulis artikel ini bukanlah untuk mencari populariti serta mencari kelemahan atau menyatakan keburukan mana-mana pihak, artikel ini adalah untuk perkongsian maklumat dan perkongsian ilmu dalam bidang rawatan yang dipelajari. Kami juga mengharapkan ada perkongsian maklumat daripada semua perawat dan masyarakat termasuk daripada doktor sendiri. Kami akui, kami bukanlah yang terbaik, dan tiada diantara kita yang terbaik kerana semua ilmu yang dipelajari dan didapati adalah daripada ilmu Allah yang amat luas. Kami juga berharap suatu hari nanti kita semua samada perawat islam, bukan islam, rawatan alternatif dan rawatan sains dapat duduk semeja dan berbincang dan berkongsi maklumat dalam mencari jalan untuk memberi rawatan dan menolong semua manusia. Sesungguhnya kita semua bukan penyembuh Allah jua yang memberi kesembuhan dan kita hanyalah penyebab kepada kesembuhan itu melalui sedikit ilmu yang dipinjam, semoga kita merawat melalui dan seperti kehendak syariat Allah swt.