Teringat guru aku Maulana Ihsan
pesan, Al-Quran dan Hadis ni tatapan Ulama'. Kita tidak boleh nak amal terus
Al-Quran dan Hadis tanpa melakukan istibath terlebih dahulu, tapi bukan kita
orangnya yg mempunyai kemampuan untuk istinbath atau menggali hukum hakam
daripada Al-Quran dan Hadis, tapi sebaliknya ialah itu semua adalah kerja para
Ulama' Mujtahid yang Muhadissin.
Macam aku cakap sebelum ni la, maybe
ada yg terasa bila aku cakap ramai bebudak U yang follow entah sape2 yang ada
phD, master, pensyarah dll yang konon Islamic tapi dok merendahkan, mengutuk,
menghina para ulama yg tak sependapat dengan dia, baik ulama di zaman salaf
mahupun khalaf. Pemegang phD atau master tu apelah sgt brbanding dengan para
ulama terdahulu kalau tak hafal al-Quran dan hadis berserta asbabun nuzulnya
sekali, nahu sorof, mustolah hadith, dan pelbagai keperluan yg lain utk
istinbath sesuatu hukum... Ijmak dan qias pun perlu dikuasai, bukannya main
cincai je, konon dah adw phD atau master tapi hampeh... Bukan nak kutuk, tp ni
realiti bila kite tengok orang 'pandai' yg petah bercakap, pakai baju kot,
songkok atau kopiah xpakai, naik kereta besar konon hidup berjaya dalam keadaan
menyanggah ulamak2.
Ulama’ yang patutnya diangkat, dia
pergi jatuhkan. Ulamak yg xpatut diangkat, diagungkan. Why?
Sebab tu kalau baca al-Quran dan
hadis, jangan terus nak hukum sendiri. Bacalah al-Quran dan hadis, tafakkur dan
bertadabburlah, jangan takabbur sampai nak terus ambil hukum hakam mentah2
tanpa melihat penilaian ataua pendapat atau senang cakap hasil istinbath para
ulama terhadap dua sumber ilmu utama agama Islam itu... Al-Quran dan hadis ni
umpama lautan yg dalam, kalau kau tergelincir, lemas mati...
Cuba kalau tengah kau cuba nak ambil
hukum hakam sendiri drpd al-Quran dan hadis, lepas tu tetiba kau jumpa ayat yg
solat dulu baru kemudian wudhu'? Kau nak terus amal? Ade ke umat Islam yg solat
dulu baru wudhu'? Dah tahu mana ayat mansukh, mana ayat muhkamah, ayat
mutasyabihah dan lain2? Aku pun xreti, apa pun aku xreti, tapi sekurang2nya
ulama bagi panduan kpd kita... Mereka dah gali, tinggal kita untuk buka paip
dan 'minum' saja tanpa susah2 nak gali telaga dalam2. Respek la sikit usaha
ulama kita. Buat apo takabbur? Nampak cam 'salah' sikit pada pandangan kau,
terus kau cop ulama tu bodoh, silap, xreti hadis, dan sebagainya. Amboi kau!